Jun 26 2008
Archive for June, 2008
Jun 25 2008
On The Tarot of Marseilles
Alejandro Jodorowsky – Tarot of Marseilles
My interest in Tarot cards are purely for its history and design. I do not even believe in horoscopes, mind you. But the last line of the video makes a lot of sense to me. This is part of my research for the new album.
It rang a buzz down my arm when I saw the KFC ad in Malay over in Suria and the narrator pronounced ‘Tortilla’ correctly, which is “Tor-tee-ya”. So you should say it properly when you order it. By the way, Marseilles is pronounced “Mar-sey”.
Jun 22 2008
Diariku #9: Berterus Terang
Diariku #9
22nd June 2008
Sepanjang umur saya, kerap saya terdengar berita tentang orang ditipu, yang menipu, atau yang rasa tertipu di kalangan orang Melayu kita. Ada yang tentang remaja terlanjur, hutang atau gaji yang tidak dibayar dan ada banyak tentang orang yang rasa ‘kecil hati’ terhadap sikap orang yang pernah mereka menolong. Saya tidak rasa ada penipuan pun yang berlaku, cuma tiada yang berterus terang sahaja. Segan, malu atau tak kuasa?
Dalam banyak-banyak kempen yang biasa dianjurkan untuk membawa kesadaran tentang isu-isu kesihatan, dan keselamatan, ‘Lebih Seksi Katakan Tidak’, sebuah kempen untuk mencegah gejala seks di kalangan remaja merupakan yang pertama membangkitkan isu yang taboo. Kerana topik itu jarang atau sama sekali tidak diperbicarakan antara ibu-bapa dan anak-anak remaja mereka, ini adalah langkah pertama untuk membantu orang Melayu menghadapi kebenaran.
Jika anak lelaki kamu berani membawa pulang teman perempuannya untuk berjumpa dengan keluarga, mengapakah kamu tidak terfikir dia tidak akan membuat sedemikian apabila kamu tiada di rumah? Banyak masalah seperti ini, yang dihadapi masyarakat Melayu mungkin boleh diatasi hanya dengan mengambil sikap minda terbuka dan bertindak dengan segera. Berterus-teranglah dengan anak kamu bila sudah terlihat tanda-tanda yang tertentu. Jangan sampai terlambat!
Bukan sahaja itu. Bila ada yang berhutang dengan anda, janganlah sekali sekali mengaibkan orang tersebut dengan menyebarkan lesapnya pinjaman wang anda dan ‘si penipu’ itu, kerana ras Mintalah duit itu sendiri, dan mintalah penjelasan dengan berterus-terang. Orang meminjam pun kerana mereka tidak mencukupi. Sebelum memberi, fikirlah dulu! Jangan ia-kan, lepas tu, memburukkan nama orang itu apabila tidak terbayar. Kalau anda sendiri tidak boleh atau tidak mahu meminjamkan, berterus-teranglah!
Bila tidak diundang untuk majlis keramaian kenalan ataupun keluarga, mengapa kita perlu berasa sensitif? Mungkin mereka terlupa! Jadi kirimkanlah sumbangan hadiah atau wang kepada orang yang diundang. Jangan rasa ‘tertipu’ dan mengungkit tentang hal yang tidak berkena-mengena sebab kita semua manusia biasa yang membuat kesilapan. Mungkin orang yang menjalankan majlis tersebut akan meminta maaf dan memberi penjelasan. Jika tidak, janganlah dipersoalkan dengan orang-orang yang tidak kena mengena. Tak elok macam gitu.
Saari Amri, pencipta dan penggubah lagu terkenal di Malaysia baru baru ini bercerita kepada wartawan akhbar tentang kugiran UKAYS yang tidak kenang jasa budi beliau, dan sekarang peminat berita hiburan sedang menunggu penjelasan dari ketua kugiran itu. Dengan beraninya, Encik Saari menceritakan kes tersebut. Mungkin akan terbongkar cerita yang sebenar dan kumpulan UKAYS dapat membersihkan reputasi mereka. Di Singapura, artis-artis yang katanya ‘ditipu’ oleh orang yang menawarkan kontrak mewah masih bersembunyi dengan nama samaran, dan tidak berterus terang tentang siapa gerangan ‘penipu’ tersebut. Dengan itu, tidak akan terjadi perkembangan positiflah!
Jika kita berdiam-diri, meredam hasad dengki, bersembunyi di belakang nama samaran, tidak ingin bernama atau bergambar apabila membuat aduan kepada media atau bila menyampaikan pesan kepada orang lain, saya rasa kempen tahun depan yang harus dilancarkan adalah “Lebih Seksi Memikir Positif Dan Jangan Menyusahkan Orang Dengan Tidak Berterus Terang” dan saya akan menyiapkan lagu temanya.
Jun 19 2008
On Singing ‘Seribu Tahun’ with Orkestra DBKL
Imran Ajmain rehearsing Seribu Tahun @ DBKL
During the rehearsal of the DBKL R&B Concert with Dayang Nurfaizah, Liza Aziz, Irene and RuffEdge. This was my first time being backed by strings, so it felt a bit special to me, because I’ve always imagined the song to have actual live strings. This was one small dream come true.
Jun 15 2008
On Having Babies Named After Me
I don’t know for sure if the child was named after me, or maybe the parents a fan of the name. I don’t think my name, the combination of both ‘Imran’ and ‘Ajmain’, is something you hear everyday like, perhaps, Hafiz or Ridzwan, which by the way alot of 1980 to 1988 Malay babies were named. Not that I’m saying there’s anything wrong with those names.
Jun 11 2008
On CrossBlogging With Zee: Part 1
Imran’s Part
I met Fadhil and Suhana Abdat, a young married couple whose got their own place at quite an uncommon area for many, at Old Airport Road in Kallang. While Suhana is a fulltime writer for a local magazine, and Fadhil has always helped out with his many family businesses, they’ve seeked consultation for my creative input for their new and upcoming online furniture business. Online, yes. I called Fadhil, Datco 2nd Gen, because I’m quite familiar with his uncles who used to run their furniture business at the old World Trade Centre; a makcik’s favourite. Now they are going to bring it back, in a different way.
I have to come up with a name for their line targeted at Malay home-makers and Salim suggested something we’ve thought about before for our t-shirt line. I’d endorse the furniture via online and photography catalogue and also helping to kickstart the initial marketing. They will be taking part in the exhibition later on this year at Expo and that might help gather their audience. What I’m more interested in, is the more unconventional collection for younger consumers, that is the classic Italian-inspired furniture that most of us 80s babies would be familiar with (because all our moms shopped at Rocco) but this time round, they’ll be playing with non-wood colours for the frames and a little bit more exciting fabric for the upholstery. I’m quite interested in those.
So new home-owners, if you’d like to get new furniture for yourself and would not like to visit the mass-produced China products over at the mega-stores, we could offer reasonable alternatives. As for this project, I’m hoping to embark on a more long-term commitment to add on to my portfolio for marketing. All the best to all young business folks with dreams!
—
Zee’s Part
For the past 9 months, I could have been pregnant and given birth anytime now. Hahah! Okay, sorry. Let’s start again.
For the past 9 months that I have been working from home, I got a couple of calls for some projects. This particular one, I wasn’t so sure about when I was left hanging for almost a full month without a yes or a no. So when I finally got the call, I was elated. In fact, I was far from elated. My confidence came back.
My services were being recommended by Salim. I have been working on SpaJelita’s new look for two weeks now. Yesterday I met up with Nadiah Abdat of SpaJelita, to collect more information to be included in the new site.
SpaJelita targets the above-average working women with their high-end products and services. But I really think their prices are reasonable. I won’t spill out much cos you hafta wait for the site to be up and all information will be there for you. (Ya la must self-promote the web site also.)
When I started with the first draft, it took me the longest time, yet it did not achieve the look of an exclusive spa. It was frustrating and I went on ’experimenting’ further – thus, the 2nd draft appeared. I’m very happy with the new look now.
It was such a *phew* moment when Nadiah expressed her approval of the new look last night. Another happy customer! The site should all be up and about by next week. For now, it’s just a sneak preview if you go to their site: spajelita.com
Jun 10 2008
On CrossBlogging with Zee: The Intro
Zee, my trusted webmistress and 1 half of design duo, PlayPause, had a quick conversation about what we were going to be doing today. I am meeting another husband and wife team starting a furniture business and needs a positive kickstart while Zee is already more than halfway through her current design project with a family spa business. Coincidentally, the people we’re going to meet today from both companies have the same last names. Zee and I are going to our first ever cross-blog inspired by a website that Wan found that is: http://farflungfour.com about 4 friends from different parts of the world who update each other about interesting things. So later today, we are going to blog pictures, a short writeup about our separate projects, and what they are up to, and what we’re doing for them. Do this with your friends too!
Jun 09 2008
On Early June Updates!
- Updated ‘Discographyku‘ with all my music listings since ‘01
- Updated ‘Diariku‘ with my latest Berita Minggu article
- Updated Facebook with ‘Web Presence’ application that I dig!
- Met up with PlayPause about our server problems
- Ate at Badoque today!
- Meeting up with new furniture company for marketing ideas
- Doing the new station ID jingle for a television station
- Doing the music for an Exercise Video (that’s just ironic); meeting tomorrow!
- Recording first two songs from 2nd album
- I appeared in Media Hiburan consecutively for the past 3 issues
- My song ‘Malu’ featuring Cheryl Samad entered the SuriaFM Charts at No.14. Please keep requesting for the song, people!
- Going to Kemaman, Terengganu this weekend!
- Going for Reservist in August!
Jun 09 2008
Diariku #8: Cetak Rompak? Mana Ada?
Diariku #8
8th June 2008
Semasa mempromosikan album saya di Malaysia, saya kerap menggunakan cogankata “Beli hanya yang ori” (singkatan popular untuk ‘original’) apabila membuat interviu di radio dan televisyen. Artis-artis yang lain pun biasa menyebut kata-kata itu. Ia kerana budaya cetak rompak sangat leluas di sini. Ada banyak syarikat sindikat yang membuat cetakan tiruan dan menjual cakera padat tersebut di pasar-pasar malam. Malah ada toko di pusat membeli belah terkenal juga turut menjual produk cetak rompak di Kuala Lumpur.
Masalah cetak rompak ini bukanlah perkara yang baru. Sejak musik diterbitkan dengan format piring hitam dan bentuk kaset pun, sudah ada versi yang tiruan di pasaran. Sekarang, dengan perubahan masa, memuat-turun dari lelaman web secara haram juga dianggapkan sesuatu pencurian. Ini akan menjejas hasil penjualan album artis tersebut dan sekaligus merosakkan Tetapi yang peliknya, saya tertanya-tanya, masih adakah masalah ini di Singapura?
Saya rasa pembeli di Singapura, terutama sekali di kalangan anak muda Melayu, lebih mementingkan mutu. Sikap semakin materialis kami semua membuat orang kita tidak mahu dikaitkan dengan membeli jenama tiruan. Lagi-lagi apabila ingin memiliki album idola mereka, mereka tidak akan menyentuh pada yang bukan tulen. Malah ada ramai yang marah apabila album tempatan dicetak dengan secara haram dan dipasarkan di kedai-kedai, saya pernah terbaca di forum lelaman web membincangkan isu tersebut.
Masyarakat Melayu merupakan 14 peratus dari bilangan penduduk di Singapura. Itu adalah sebanyak 600,000 orang. Wow! Bukankah itu bermaksud ‘consumers’ atau kuasa pembeli kaum Melayu cukup berpotensi? Patutlah filem yang ditayangkan di televisyen dan pawagam siap dengan sarikata dalam bahasa Melayu dan restoran-restoran francais yang tidak mempunyai sijil Halal pun kurang popular!
Sudah dua minggu berturut-turut rancangan Melodi di TV3 khabarkan berita tentang acara anjuran pihak Malaysia yang dapat sambutan hangat dari penyokong warga Singapura. ‘P.Ramlee The Musical’ di Esplanade dan juga festival filem FINAS di GV Marina dipenuhi dengan peminat hiburan Melayu sehingga habis tiket dijual sepanjang tayangannya di Singapura. Ia bermakna ‘demand’ untuk hiburan memang besar. Terdengar juga khabar VCD filem dan komedi tempatan keluaran Life Records juga terjual seperti pisang goreng panas, sampaikan 14,000 naskah habis. Jadi, sudah masuklah waktu yang sangat sesuai untuk pemuzik di Singapura cukup dikenali ramai dan album mereka boleh terjual sebanyak itu ataupun lebih.
Saya pernah berbincang dengan Daly dari kumpulan Ahli Fiqir tentang isu ini. Dengan tiadanya cetakan rompak di Singapura, artis tempatan kami mempunyai satu kelebihan dari artis luar negeri yang dipasarkan di Singapura. Bayangkan jika artis-artis di Singapura mula menerbitkan album mereka di pasaran. Dengan bantuan dari radio, televisyen dan akhbar, semua belah pihak akan dapat merasakan keuntungannya, termasuk sekali sebanyak sejuta orang yang memahami bahasa Melayu di Singapura. Jangan lupa juga warga kepualan Riau dan negeri Johor yang turut menonton saluran radio dan televisyen Singapura!
Jadi, dengan itu, saya berharap kesemua finalis Anugerah Band, walaupun yang bukan juara, akan menerbitkan ‘single’ mereka. Mana tau ini menjadi permulaan revolusi muzik di Singapura? Dan kepada peminat, janganlah ‘upload’ lagu-lagu itu di blog atau lelaman web masing-masing dan membenarkan orang ramai memuat-turunnya. Tidak mengambil tahu tentang perkembangan dunia seni dan hiburan di Singapura juga merupakan sejenis jenayah yang sepatutnya dibanteras! Jangan lupa, ‘beli hanya yang ori’!














