• Home
  • About
  • Bookings
  • Discography
  • Event Gallery
  • Buy Album

Archive for June, 2007

Jun 24 2007

Wau! Seronoknya

Published by Imran Ajmain under Uncategorized

Oleh
Sitti Maryam Salleh

Pelajar Sekolah Perempuan Raffles

WAU! Ada Imran Ajmain dan Sleeq.

Wau! Ada persembahan silat.

Wau! Ada tarian.

Wau! Ada pelbagai lagi persembahan budaya, baik tradisional mahupun kontemporari.

Wau! Itulah tajuk konsert budaya anjuran Persatuan Bahasa dan Budaya Melayu (PERBAYU) Sekolah Perempuan Raffles (RGS), yang akan berlangsung pada 7.30 malam, Sabtu ini, di Dewan Evelyn Norris RGS.

Konsert ini dianjurkan dengan tujuan menghidupkan semangat dan minat terhadap bahasa dan budaya Melayu serta sebagai wadah bagi pelajar mempamerkan bakat mereka.

Selain tarian dan angklung daripada pelajar kami sendiri, konsert Wau! juga akan turut dijayakan pelajar Raffles Institution (RI), Politeknik Temasek dan Perguruan Silat Macan Pasrah.

Daya tarikan konsert ini pastinya penampilan artis tempatan, Imran Ajmain dan duo Sleeq.

Imran telah memenangi beberapa anugerah di dalam Anugerah Planet Muzik (APM) 2007 baru-baru ini.

Sleeq pula apa kurangnya? Walau masih di usia remaja, mereka merebut anugerah Artis Singapura Paling Popular di APM.

Mereka baru sahaja mengeluarkan album mereka yang bertajuk In the Q.

Di akhir konsert ini, diharapkan penonton akan pulang dengan rasa puas dan penghargaan lebih mendalam terhadap bahasa ibunda dan budaya setempat.

Harapan kami bahasa dan budaya Melayu akan terus hidup dan berkembang dalam era globalisasi ini.

Untuk membuat tempahan tiket berharga $12 setiap satu, sila hubungi Fadhilah di talian 8112-8358 atau e-mel kepada ainul@rgs.edu.sg.

Sumber dari: Berita Harian, 25hb Jun 2007

No responses yet

Jun 20 2007

Ada Apa Dengan Rap

Published by Imran Ajmain under Uncategorized

GEGAR 23rd June this Saturday at Singapore Art Museum! Free!

No responses yet

Jun 19 2007

On Being Inspired by ‘Seribu Tahun’

Published by Imran Ajmain under Uncategorized

When the producer called to have me appear on Suria Segar at 8.45am, she had asked me to sing my ‘winning song’. I didn’t win anything pertaining to any of my songs, I explained. Then she said “Sing your best song!” And I don’t know how you feel about it, but I chose ‘Seribu Tahun’.

About a year ago, I wanted to do a music video based on montages of photographs. I didn’t get so much support back then. Let me try this again. I used the pictures for the backdrop during my album launch though. You may check out http://youtube.com/watch?v=7ukttDv65f8 kindly uploaded by Blubberme. (You will find Aliff Aziz from the current Anugerah singing with me)

I want/need black & white, sephia, full coloured pictures of your parent’s or grandparent’s wedding (sitting side by side, on the wedding dais, or posing together), of any race, cultural, religious background dating back to as early as cameras can get. Please specify your relations to the people in the pictures, and your full name & contact details. It would be symbolic to have 1,000 pictures for the video but I’d appreciate as many as I can get. Please scan them accurately horizontally or vertically, to maximum resolution, and send them over to imran@beats.sg with the subject ‘Seribu Tahun’. Do spread the word. I hope they come from people who feel the song or agree with my sentimentality, at least.

Aliff Aziz will be singing it during the piano show this week!

No responses yet

Jun 19 2007

Wedding Pics For The "Seribu Tahun" Video

Published by Imran Ajmain under Uncategorized

You will be able to play a part in this music video by just submitting: black & white, sephia, full coloured pictures of your parent’s or grandparent’s wedding or even your other relatives’ wedding. (sitting side by side, on the wedding dais, or posing together).

Please scan them accurately horizontally or vertically, to maximum resolution, and send them over to imran@beats.sg with the subject ‘Seribu Tahun’.

Do spread the word!

Your contribution is greatly appreciated.

No responses yet

Jun 16 2007

Imran’s award winnings at APM

Published by Imran Ajmain under Uncategorized

Imran’s award winnings at APM

Artis Singapura Terbaik & Artis Lelaki Baru Terbaik

No responses yet

Jun 16 2007

Imran’s performance at APM

Published by Imran Ajmain under Uncategorized

Imran’s Performance at APM

Seribu Tahun

No responses yet

Jun 15 2007

IMRAN SERIKAN KONSERT AGNES

Published by Imran Ajmain under Uncategorized

LEPAS satu tuah, satu lagi tuah jatuh ke riba Imran Ajmain.

Dalam Anugerah Planet Muzik 2007 (APM), Imran menang besar termasuk Artis Singapura Terbaik dan Artis Lelaki Baru Terbaik (Serantau), menewaskan calon seperti Irwansyah dari Indonesia yang popular dengan lagu Aku Pencinta Wanita.

Kini, khabar terbaru, Imran diundang untuk membuka konsert penyanyi Indonesia, Agnes Monica (kanan, kecil), yang berlangsung di Stadium Negara Kuala Lumpur pada 23 Jun.

Tentu sekali beliau akan menyanyikan lagu Sudah Tu Sudah yang kini popular di Malaysia.

Situasi Imran dalam APM sangat berbeza jika dibandingkan dengan Hazrul Nizam ketika bertanding di APM 2004 dengan mendapat lapan pencalonan – satu pencalonan lebih tinggi daripada Imran. Namun Hazrul Nizam pulang dengan tangan kosong walaupun lagu Kaulah Segalanya ‘meletup’ ketika itu.

Jika anda melihat Imran bukan main bergaya dengan suit hitam dan vestnya, beliau sebenarnya mendapat sokongan penaja daripada Brooks Brothers. Amboiii…

- Oleh ZAHARIAN OSMAN.

Sumber dari: Berita Harian, 16hb Jun 2007

No responses yet

Jun 15 2007

MAKIN MATANG

Published by Imran Ajmain under Uncategorized

“Artis tempatan’ kini jenama membanggakan, mampu diri sama tinggi dengan artis seberang

Oleh
Hanim Mohd Saleh

LAIN orang, lain pandangan. Ada yang kata Anugerah Planet Muzik (APM) 8 Jun lalu dan disiarkan di kaca TV tempatan malam tadi, merupakan yang terbaik berbanding sekurang-kurangnya tiga tahun lalu.

Namun, ada juga yang pulang kehampaan, terutama apabila jiwa patriotik mereka membakar jiwa, setelah menyedari segmen penyampaian anugerah untuk kategori Singapura tidak disiarkan untuk siaran langsung di televisyen negara jiran.

Namun saya mahu menilai APM anjuran MediaCorp Radio Warna 94.2 FM dan Ria 89.7 FM di Stadium Tertutup Singapura daripada sudut berbeza, lebih daripada setakat majlis penyampaian anugerah.

Apa yang lebih dirasakan ialah kesan yang ditunjukkan artis-artis tempatan yang diketengahkan di pentas yang sama dengan artis Indonesia dan Malaysia. Bahkan untuk pertama kali, perkataan “artis tempatan’ terasa seperti sebuah jenama yang dibanggakan.

APM kali ini memperlihatkan betapa artis tempatan kita sebenarnya kian matang, jauh berbeza berbanding enam tahun lalu.

Satu ketika, yang dinamakan artis Singapura seperti sinonim dengan “artis terpinggir’ atau artis yang kelihatan kerdil jika berdiri di sebelah artis Indonesia dan Malaysia.

Melihat wajah-wajah tempatan memenuhi acara pembuka tirai yang menampilkan Mawar Berduri (penyanyi kumpulan rap Singapura, Ahli Fiqir) berduet dengan Altimet dalam lagu Sayang Sayang diiringi tarian Jawa persembahan Sriwana, seperti menyiapkan penonton untuk terus menegakkan duduk.

Cukup Melayu dan klasik.

Satu kesegaran berbanding tahun-tahun lalu yang lebih menonjolkan artis seberang.

Kemudian, gandingan Syed Azmir dan Taufik Batisah yang mantap dan memukau membuat penonton hampir terlupa untuk menyambut kemunculan Irwansyah, penyanyi lagu Aku Pencinta Wanita dari Indonesia.

Hady Mirza yang diberi penghormatan membawakan lagu Hijau sebagai menyambut kemunculan pemenang Anugerah Kemanusiaan Planet Muzik pertama, Zainal Abidin, seperti mengesahkan betapa Singapura memang mempunyai berlian yang berkilauan.

Bahkan, suara gemersik Hady mendorong teman seperjuangan dari Kuala Lumpur, Saodah Ismail, mengirim SMS kepada saya ketika menonton rakaman APM secara live yang disiarkan di Saluran Ria, Astro.

“”Saya suka Hady Mirza. Suara baik. Ada personaliti. Menyenangkan hati. Taufik pun berbakat. Lebih baik daripada artis Malaysia,” bunyi SMS itu.

Namun kejutan paling besar malam itu ialah kemunculan kumpulan rok metal tempatan, Malex, yang kesemua anggotanya berambut panjang.

Selama ini, Malex begitu sukar mendapat sokongan masyarakat kerana imej rok beratnya serta bunyian muzik yang begitu kuat. Tetapi pihak radio ternyata berani mengambil risiko mengetengahkan mereka sebagai wakil band Singapura.

Malex memperlihatkan kematangannya mengimbangi antara muzik kuat dengan jiwa rok yang cukup bersemangat. Mereka membuktikan kejantanan yang perlu ada pada pejuang muzik rok, bahkan kelihatan jauh lebih gagah berbanding band undangan daripada negara jiran.

Satu lagi segmen yang agak menyentuh hati saya ialah deklamasi sajak Bhoomi yang ditulis dan disampaikan sendiri oleh deejay Adi Rahman sebagai penghargaan kepada sumbangan Zainal Abidin.

Tersentuh bukan setakat isi dan penyampaiannya, tetapi secara tidak langsung membisikkan kepada penonton negara jiran bahawa Singapura tetap mempertahankan keindahan sastera Melayu di tengah industri hiburan yang kian rojak penggunaan bahasanya.

Tentu sekali Imran Ajmain yang memenangi Anugerah Bakat Baru Terbaik (Serantau) seperti mengesahkan semua tanggapan penulis tentang pencapaian memberangsangkan mengenai industri muzik tempatan. Bahkan Sleeq yang menyanyi di segmen prarakaman juga menunjukkan potensi yang besar.

Apa yang membezakan artis kita daripada artis negara jiran ialah keberanian kita menghasilkan muzik tersendiri tanpa ikut trend.

Jika di KL kini syarikat rakaman lebih menumpukan kepada penerbitan album kompilasi lagu-lagu 1980-an sehingga menyebabkan industri muzik tersendat, di sini artis Singapura terus meneroka dan mengukuh jati diri.

Memang selama ini banyak keluhan yang saya dengar tentang sukarnya sesetengah artis baru tempatan mendapat sokongan radio.

Namun jika semua bakat tempatan berani dan mahu menjadikan pencapaian Taufik, Imran dan pemenang lain APM sebagai kayu ukur menghasilkan mutu kerja seni yang cemerlang, tidak mustahil lagu-lagu ciptaan tempatan mampu kembali menguasai udara seperti tahun 1970-an dan 1980-an dulu.

Bahkan dengan semangat juang yang kian menebal di kalangan peminat terhadap bakat tempatan, APM tahun mendatang pasti dipenuhi penyokong tempatan, bukan hanya kerana mahu lihat Siti Nurhaliza atau Irwansyah.

Sumber dari: Berita Harian, 16hb June 2007

No responses yet

Jun 14 2007

On ‘Ghaibmu’ in Anime

Published by Imran Ajmain under Uncategorized

I found this on Youtube http://youtube.com/watch?v=pOn1o-vKRFQ and I felt so flattered that somebody sanggup buat an anime montage using my song! It’s quite interesting and I think I might consider this for one of the songs. Too bad I can’t use it as an official video.

Do you know that “Ghaibmu” and “Ghaib Mu” does not mean the same thing? I’m considering renaming the song to “Ghaib” because it makes more sense.

Please keep sending the wedding pics for the “Seribu Tahun” video, and spread the word about it too.

No responses yet

Jun 13 2007

On Appearing on Anugerah

Published by Imran Ajmain under Uncategorized

I must admit I only gave Anugerah a glance, mostly on Sundays during the repeat telecasts. I did feel it was a little boring and everybody went flat last week. Apa tu? But I was seriously blown away this week, especially sitting front row, and having paid attention to every singer. Siti Hana is good stuff! And I heard my favourite song of the moment, Rossa’s Atas Nama Cinta. Great stuff too.

Hearing Aliff Aziz sing my song gave me a bit of goosebumps. There was once I dreamt that I wanted to be so popular that my songs are used in talent shows, and it’s come true. Kassreal was good too. I’m not biased towards Aliff by the way. I just happen to know him prior to Anugerah. I secretly wish that he’s a BS artiste, but let him finish this bit first. Do vote for him, folks. Vote for real talent.

By the way, I’m not affected by what Hafeez Glamer said about me “not being able to sing live, or pull of some of my own high notes”. I disagree though but I’m not affected. Don’t worry! He’s just making the conversation interesting.

Thank you to the fans I met; some sweet, others sweeter. HapyHadys, see you Sunday!

Anybody recorded it?

No responses yet

Next »




  • Blog Visits

    • 197219
  • Archives

  • Categories

  • My Contact


  • My Latest Status


  • Imran Ajmain on Facebook
  • Recent Comments

    • Faizal Maslan on On Going to Era & Liyana Jasmay’s Album Launch
    • Shafinaz Razali on On Going to Era & Liyana Jasmay’s Album Launch
    • aku on Pesanan Kepada Peminat IA di Malaysia
    • Ann on On Being Too Tight for AJL
    • norsaidatul_azwa on On Being Too Tight for AJL
  • My Album

    DSK

  • My Twitter Updates


      Follow me on Twitter
    • Adverts








     Design clean up by DfadzlyImran Ajmain – The Official Site Copyright © 2010 All Rights Reserved .