• Home
  • About
  • Bookings
  • Discography
  • Event Gallery
  • Buy Album

Archive for April, 2007

Apr 28 2007

Warna Roadshow at Courts

Published by Imran Ajmain under Uncategorized

Imran Ajmain will be at Courts Tampines on this coming May Day! So, come on down to watch him perform there for Warna Roadshow!

Date : Tuesday, 1 May 2007
Time : 3pm
Venue: Courts Tampines

CDs will be on sale too. Come and bring along your moms!

No responses yet

Apr 21 2007

Imran Saingi Taufik

Published by Imran Ajmain under Uncategorized

Ketika Siti Nurhaliza berada di kemuncak popularitinya, ramai yang berkata selagi beliau bersaing dalam kategori yang sama dalam sebarang pertandingan, sukar untuk penyanyi lain mengalahkannya.

Kini di Singapura, Taufik Batisah seperti berada di kedudukan serupa,

Dari segi jumlah pencalonon bagi Anugerah Planet Muzik (APM) 2007, Imran Ajmain mendapat jumlah tertinggi (tujuh pencalonan), mengatasi Taufik, yang menempah lima kategori.

Tetapi apakah keputusan di majlis penganugerahan yang berlangsung pada 8 Jun di Stadium Tertutup Singapura itu nanti akan tetap berpihak kepada Imran, atau penyanyi Sudah tu Sudah akan setakat menang jumlah pencalonan dan melihat teman baiknya yang menjulang piala kemenangan?

Ketika ditemuai selepas pengumuman keputusan pencalonan akhir APM 2007 yang berlangsung di Mediacorp Rabu lalu, Imran kelihatan bersri-seri dan tak putus senyumanannya.

“Sebenaranya saya dah rasa menang pun sebab nama saya disebut berulang kali semasa keputusan akhir diumumkan. Saya kini melihat APM daripada perspektif berbeza. Selama tujuh tahun APM berlansung, saya hanya memerhatikannya sebagai penonton biasa. Kini pertama kali menyertai sebagai artis, saya sudah menikmati kemanisannya, “kata Imran, 25 tahun.

Sebenarnya, dari segi pencapaian, Imran sudah mencipta kejayaan sendiri kerana beliau merupakan satu-satunya artis Singapura yang dicalonkan dalam kategori ‘terbaik’ di peringkat serantau, iaitu sebagai Artis Lelaki Baru Terbaik.

Beliau bersaing dengan Faizal (Akademi Fantasia 4), Irwansyah (penyanyi lagu Heart) dan Izwan Pilus (Erti Kasih).

Apa yang menarik perhatian, walaupun Imran bersaing hebat dengan Taufik, beliau tetap mempunyai saham dalam dua kategori yang diduduki Singapore Idol itu -kerana Imran merupakan penulis lirik bersama Taufik untuk lagu Usah Lepaskan dan Sombong, yang kedua-duanya dicalonkan untuk Lagu Terbaik Singapura.

Begitu juga Taufik, yang mempunyai taruhan dalam lagu Imran, Sudah tu Sudah, sebagai penggubah lagu dan penulis lirik bersama, selain sumbangan Aliff Abdullah.

Taufik tidak dapat dihubungi kerana berada di Tokyo, Jepun, untuk satu tugasan televisyen.
Berdasarkan senarai pencalonan akhir APM 2007, jelas artis-artis Indonesia masih menguasai jumlah pencalonan dalam 19 kategori yang dipertandingkan.

Penganjur, Mediacorp Radio Waran 94.2 FM dan Ria 89.7 FM, bagaimanapun telah mengenalkan dua kategori tambahan, Artis Paling Popular Singapura dan Lagu Paling Popular Singapura untuk mengiktiraf pencapaian artis tempatan.

Turut diperkenalkan buat julung-julung kalinya ialah Anugerah Kemanusiaan Planet Muzik bagi mengiktiraf artis yang memainkan peranan dalam menjaga persekitaran awam dan menjalankan kerja-kerja kemasyarakatan.

Naib Presiden (Percangan Kemasyarakatan Melayu dan India Medicorp Radio), Zakiah Halim, berkata jumlah penyertaan APM keseluruhan tahun ini telah mencatat rekod sebanyak 442, dengan 102 merupakan artis Singapura.

“Ini menunjukkan industri muzik kita sedang membangu rancak. Apa yang lebih menggembirakan, berdasarkan maklum balas juri, mutu muzik album-album tempatan juga
semakin meningkat,” kata Zakiah.

Artis Singapura yang ditemui di majlis itu merasakan banyak yang boleh dilakukan artis sendiri untuk membantu industri muzik di Singapura terus berkembang dan dapat berdaya saing dengan Indonesia dan Malaysia.

Iskandar Ismail atau Eiss, yang mendapat empat pencalonan, berkata artis tempatan tidak mempunyai pilihan selain berusaha sendiri mendapatkan saluran memasarkan album di negara jiran.

“Kita kena bersaing di pasaran yang lebih besara,” kata Eiss yang bertaruh menerusi album keduanya, Dengar dan Lihat, dalam APM tahun ini.

Bhumiband, yang pernah mencipta nama dalam APM 2005, dan mendapat lima pencalonan tempatan, pula merasakan artis Singapura perlu menjalinkan kerjasama dengan rangkaian penerbitan Malaysia dan Indonesia.

“Kerana hubungan kami dengan pemain besar dalam industri seperti Ahmad Idham, lagu kami terpilih sebagai soundtrack beberapa filem dan drama, termasuk filem Mat Rempit,” kata Eddy, percussionist dari Bhumiband.

Namun Imran pula merasakan radio tempatan perlu memainkan peranan lebih besar, membela artis-artis tanah air.

“Di Australia dan United Kingdom, menjadi undang-undang penyiaran mereka untuk memastikan 60 peratus lagu yang diketengahkan adalah hasil ciptaan tempatan. Kalau kita juga amalkan pendekatan ini, insya-Allah dalam tempoh lima tahun, mutu muzik kita akan meningkat dan industri kita berkembang pesat,” kata Imran.

Sumber dari:
Berita Minggu, 22hb April 2007

No responses yet

Apr 18 2007

Homegrown Malay music gets its due

Published by Imran Ajmain under Uncategorized

Today Paper, 19th April 2007 – Pg 52 (Plus – In Cinemas)

No responses yet

Apr 07 2007

IMRAN BUKA CERITA SENDIRI

Published by Imran Ajmain under Uncategorized

MUNGKIN baru setahun nama Imran Ajmain dikenali sebagai penyanyi dan penggubah lagu. Tetapi pengalamannya berkarya dan mencari tapak dalam bidang seni membolehkan beliau menghasilkan sebuah jurnalnya sendiri.

Tidak perlu anda menunggu terbitnya jurnal pelayaran Imran sebagai penyanyi kerana beliau akan menceritakannya sendiri dalam satu persembahan yang diberi nama Dengan Secara Langsung di Play Den, The Art House, Old Parliament, pada 25 April ini. Tarikh tersebut juga istimewa kerana ia merupakan ulang tahun Imran yang ke-26.

Konsert Dengan Secara Tidak Langsung itu akan dipersembahkan dengan teknik pandang dengar. Beliau juga akan bernostalgia tentang lagu-lagu yang mendewasakannya dan corak lagu yang mengenalkannya kepada industri hiburan.

Imran, sejauh ini menerima tiga pencalonan dalam Anugerah Planet Muzik (APM 2007) untuk kategori Lagu Paling Popular, Lagu Tempatan Paling Popular dan Artis Singapura Paling Popular. Kategori lain belum diumumkan.

Sementara itu, peminat yang berkongsi hari lahir dengan Imran dan yang ingin sama-sama meraikannya di konsert tersebut boleh menulis e-mel kepada info@beats.sg

Konsert mini itu hanya boleh menampung 100 orang penonton. Tiket berharga $19 boleh didapatkan di Muzika Records atau tempah menerusi e-mel (nurraudha@work-heart.com) atau hotline 8169-3022.

Sumber:
Berita Harian, 07 April 2007

No responses yet




  • Blog Visits

    • 197219
  • Archives

  • Categories

  • My Contact


  • My Latest Status


  • Imran Ajmain on Facebook
  • Recent Comments

    • Faizal Maslan on On Going to Era & Liyana Jasmay’s Album Launch
    • Shafinaz Razali on On Going to Era & Liyana Jasmay’s Album Launch
    • aku on Pesanan Kepada Peminat IA di Malaysia
    • Ann on On Being Too Tight for AJL
    • norsaidatul_azwa on On Being Too Tight for AJL
  • My Album

    DSK

  • My Twitter Updates


      Follow me on Twitter
    • Adverts








     Design clean up by DfadzlyImran Ajmain – The Official Site Copyright © 2010 All Rights Reserved .