• Home
  • About
  • Bookings
  • Discography
  • Event Gallery
  • Buy Album

Archive for December, 2006

Dec 31 2006

On Appearing in the A-Z List of Dunia Hiburan 2006, BM

Published by Imran Ajmain under Press

I untuk Imran Ajmain, nama yang kian jadi sebutan selepas kejayaan lagu ‘Sudah Tu Sudah’,
‘Ghaibmu’ dan yang terbaru, ‘Seribu Tahun’ mengambil masa tujuh tahun sebelum beliau dikenali.

Berita Minggu, Ahad 31 Dec 2006

No responses yet

Dec 31 2006

On Appearing on Berita Minggu 31st Dec 2006

Published by Imran Ajmain under Press

Syyhh… Jangan Beritahu…. IMRAN AJMAIN

Jangan sekali-kali mengaku penggunaan bahasa Melayu anda ‘koyak’ atau kurang baik di hadapan Imran Ajmain -
anda mungkin ditegur tegas penyanyi dan pencinta bahasa ini.

“Kita kan orang Melayu. Kenapa kita nak memperkecil-kecilkan kebolehan kita dalam bahasa milik kita ini.

“Sepatutnya kita berasa bangga dengan bahasa kita,” kata Imran dengan nada lembut, tetapi tegas.

Penyanyi muda yang mencintai pantun dan puisi itu bahakan berusaha untuk menerapkan elemen tulisan kreatif tersebut dalam lagu-lagu hasil penanya. Cara halus ini untuk mengutarakan pandanganya mengenai isu sosial yang membelenggu masyarakat Melayu ketara dalam seleksi lagu yang dimuatkan dalam album sulungnya berjuduk Dengan Secara Kebetulan.

Mengapa tajuknya aneh, ya?

“Album ini terjadi secara kebetulan. Mula-mula, saya tiada niat untuk menghasilkan album. Namun, saya menerima tekanan daripada teman-teman untuk menghasilkan album sendiri setelah menyumbang tenaga dalam album artis lain,” kata Imran smeamsa ditemui di Youth Park minggu lalu.

Beliau telah mencurah tenaga mencipta beberapa lagu dalam album Taufik Batisah yang baru dilancarkan dan membantu mencipta salah satu lagu dalam album Hady Mirza. Dengan Secara Kebetulan memuatkan 12 trek yang ditulis dan digubahnya sendiri, kecuali trek bertajuk Apakah Salah Beta, yang ditulis oleh ayahnya, pemuzik dan penerbit album veteran Ahmad Husaini Ajmain.Mungkin darah seni memang mengalir dalam tubuh Imran.

Penyanyi berusia 25 tahun itu mula mengasah bakatnya di pentas dengan menyertai rancangan kanak-kanak Mat Yo-Yo ketika beliau berada di darjah empat. Pengalaman di pentas itu memupuk impiannya untuk mengukir kerjaya dalam bidang muzik. Bahkan, secara tidak langsung, ia mendorong beliau untuk menubuhkan Beats Society, syarikat penerbitan dan pemasaran persembahan hip hop, setelah beliau tersingkir daripada pertandingan Singapore Idol musim pertama dua tahun lalu.

“Pada masa itu, saya berfikir, kalau saya tak boleh jadi artis, saya ingin menjadi nadi penggerak di sebalik tabur pula,” katanya sambil menyedut teh hijau, salah-satu minuman kegemaran beliau.

Kita hanya merancang, Tuhan yang menentukan. Siapa sangka, Imran mendapat peluang menjadi penyanyi apabila lagu Sudah tu Sudah bertahta dicarta pop Ria awal tahun ini. Kini, lagunya, Seribu Tahun, masih bertempat di carta tersebut.

Bulan depan Imran akan membuat persembahan di beberapa tempat di Malaysia selepas beliau menandatangani perjanjian pemasaran di Malaysia dengan sebuah label muzik di sana. Ia merupakan setapak lagi dalam langkah Imran mengejar impiannya untuk memperdengarkan muziknya kepada masyarakat luar Singapura. Bahkan, beliau menaruh harapan ingin meniru langkah Sheila Majid dan Ning Baizura membuat persembahan di negara asing seperti Jepun dan Monaco.

“Muzik boleh mengatasi rintangan bahasa yang berbeza. Jika saya boleh menyentuh jiwa pendengar asing apabila saya menyanyi dalam bahasa Melayu, ia akan memberikan saya satu kepuasan yang nikmat,” katanya, penuh azam.Imran Ajmain telah pun melancarkan album Dengan Secara Kebetulan di Glass Hall, Singapore Art Museum, semalam.

Sumber dari Berita Minggu, Ahad 31 Disember 2006

No responses yet

Dec 30 2006

Taufik has nothing to do with it

Published by Imran Ajmain under Uncategorized

Friend of the singer, musician Imran Ajmain, insists his success is his ownImran Ajmain is slowly emerging from the shadow of a Singapore Idol. A long-time friend of Taufik Batisah, Imran is poised to release an album of his own, Dengan Secara Kebetulan (By Pure Coincidence), that showcases both his love for hip hop and adoration of old Malay classics. The album will be launched on Saturday.

Imran comes from the same hip hop and R&B community that spawned Singapore Idols Taufik and Hady Mirza and while he’s proud of his association with them — he has produced album tracks for both — he admitted to being a bit bummed by the constant comparisons.

“It’s a little frustrating for both of us, because Taufik’s an Idol and people think that I am riding on his success, and that my career is based on Taufik’s involvement,” Imran told Today recently.

It’s not hard to guess why people seem to enjoy portraying Imran as the lesser artist.While Taufik went on to become Singapore’s first Idol, Imran was kicked off the show one round short of the finals.Still, he maintains that there is no bitterness.

“In a way it’s a good thing, because it was then that I decided to set up my own company and concentrate on behind-the-scenes work like songwriting and producing,” he said.

Now, Imran’s well on his way to success, with plans to sign a deal with a Malaysian label soon and “lucrative gigs” in the offing. But asked whether he plans to follow in the footsteps of other local artistes by heading overseas, he was adamant.

“No way, I will be here for my family, I will be here for my reservist,” he said, laughing. “The hip hop scene in Singapore made me who I am.”

Source: Today/Weekend, December 30, 2006

No responses yet

Dec 23 2006

Imran siap lancar album sulung

Published by Imran Ajmain under Uncategorized

Muzik:

LAGUNYA Sudah Tu Sudah memang sudah menjadi siulan peminat muzik tempatan dan kini Imran Ajmain, sudah bersedia untuk melancarkan album sulungnya menjelang Tahun Baru ini.

Album beliau, Dengan Secara Kebetulan mula menemui peminatnya pada 30 Disember di Glass Hall, Muzium Kesenian Singapura.

Imran dijangka menyanyikan lagi-lagu daripada 12 trek albumnya termasuk Taurus yang memperkatanya sikap obsesi manusia terhadap horoskop.

Irama lagu tersebut memberi nafas baru kepada lagu ghazal Penawar Rindu nyanyian Orkid Abdullah.

Turut menarik perhatian ialah lagu Apakah Salah Beta yang pernah dipopularkan oleh Othman Hamzah. Lagu itu juga hadiah Imran untuk bapanya, Hussaini Ajmain, yang mencipta lagu tersebut.

Lagu Kata Orang pula memperlihatkan paduan suara Imran dengan Mawar Berduri, anggota wanita Ahli Fiqir yang memperkatakan tentang gosip.

Dalam pelancaran itu nanti, turut ditampilkan ialah bakat baru seperti Roze, Sleeq, FreakyZ dan anggota hip hop, Beats Society.

Peminat juga boleh mendapatkan CD Album ini di majlis yang bermula 6.30 petang.

Sumber dari Berita Harian, Sabtu 23 Disember 2006.
{Ditulis dalam Bahasa Melayu}

No responses yet




  • Blog Visits

    • 197476
  • Archives

  • Categories

  • My Contact


  • My Latest Status


  • Imran Ajmain on Facebook
  • Recent Comments

    • Faizal Maslan on On Going to Era & Liyana Jasmay’s Album Launch
    • Shafinaz Razali on On Going to Era & Liyana Jasmay’s Album Launch
    • aku on Pesanan Kepada Peminat IA di Malaysia
    • Ann on On Being Too Tight for AJL
    • norsaidatul_azwa on On Being Too Tight for AJL
  • My Album

    DSK

  • My Twitter Updates


      Follow me on Twitter
    • Adverts








     Design clean up by DfadzlyImran Ajmain – The Official Site Copyright © 2010 All Rights Reserved .